Pantai Tanjung Tuan

Tanjung Tuan adalah pantai yang terletak paling hampir dengan Rumah Api Cape Rachado. Pada yang sukakan alam semula jadi akan menyukai tempat ini kerana lokasi ini mempunyai pusat rizab hidupan liar. Tidak banyak pembangunan di tempat ini untuk mengekalkan konsep yang semula jadi. Berenang di sini adalah tidak digalakkan kerana di Tanjung Tuan ini, aktiviti yang lebih sesuai untuk dilakukan adalah berjalan-jalan di sepanjang pantai dan juga berjalan kaki di hutan tebal. Apa yang istimewa tentang Tanjung Tuan ini adalah orang awam boleh berjalan melalui hutan-hutan di situ untuk mengakses beberapa kawasan pantai terpencil. Ia merupakan tempat yang ideal untuk mendekatkan diri dengan alam semula jadi bagi mereka yang bosan dengan hiruk-pikuk kehidupan bandar.

Leave a Comment

Your email address will not be published.