Pantai Saujana

Pantai Saujana seperti yang dinyatakan oleh penduduk tempatan adalah lebih kurang 1 kilometer panjangnya dan sangat popular dikalangan pelancong. Pantai ini sangat sesuai untuk ahli keluarga menghabiskan masa bersama-sama dengan melakukan pelbagai aktiviti sukan air termasuk bermain ski air, jet ski, berkayak, menaiki banana boat dan banyak lagi. Jika anda mempunyai anak kecil yang tidak sesuai untuk aktiviti sukan air yang melampau, anda boleh memilih untuk melakukan aktiviti lain seperti berenang di kawasan air cetek, membina istana pasir, berkelah atau menyalakan ungun api. Ini merupakan peluang yang baik untuk melakukan aktiviti perkhemahan di tepi pantai bersama dengan ahli keluarga di Port Dickson kerana lokasinya yang selamat. Ia akan menjadi satu memori yang tidak dapat dilupakan untuk keluarga anda nanti.

Leave a Comment

Your email address will not be published.